Tuesday, March 25, 2008

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

MENERAJUI PERUBAHAN, MENCAPAI KEBERKATAN

BUKTI 18 TAHUN MENERAJUI PERUBAHAN.

Selama 18 tahun PAS Kelantan telah melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat Kelantan. Kejayaan itu telah meletakkan kedudukan rakyat dan negeri Kelantan terus menerajui perubahan dalam melaksanakan prinsip 'pembangunan Islam' berbanding negeri-negeri lain di bawah pemerintahan BN.

Berikut adalah program Membangun Bersama Islam yang meletakkan Kelantan kini telah menerajui perubahan dan mendahului negeri-negeri lain di Malaysia.

1. Pentadbiran dan perbandaran berteraskan syariah:

Memulakan majlis rasmi dengan bacaan surah al-Fatihah dan menutupnya dengan bacaan surah al-Asri dan tasbih kaffarah dan bekerja lima hari seminggu; MPKB-Bandar Raya Islam.

2. Memajukan pendidikan Islam:

Memajukan pengajian Tahfiz Al-Qur'an yang diiktiraf oleh Universiti Shubra Mesir, Pusat Pengajian Pondok dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Islmail Petra (KAS) sehingga mendapat pengiktirafan Universiti Al-Azhar Mesir serta pendidikan bersepadu (sains Islam) sehingga berjaya melahirkan pelajar cemerlang di peringkat Malaysia.

3. Menaikkan taraf peranan masjid:

Memakmurkan masjid, menaikkan elaun imam dan kakitangan masjid dan membina masjid berkonsepkan tamadun Cina.

4. Memberi hak untuk semua kaum:

Melantik Penghulu Kaum mewakili masyarakat Cina, India, Siam dan Orang Asli, tanah untuk Orang Asli dan kebebasan dalam amalan beragama dan kebudayaan.

5. Memartabatkan Wanita:

Memberi cuti bersalin 60 hari, takaful armalah, pusat pembangunan wanita dan melantik Penghulu Wanita bagi menguruskan hal ehwal kewanitaan di peringkatMukim dan DUN.

6. Pembangunan insan bersepadu:

Menganjur bulan solat dan ehya Ramadhan.

7. Perumahan Islam:

Mensyaratkan pembinaan tiga bilik bagi rumah kos rendah dan perumahan du'afat.

8. Sistem Kewangan Islam:

Membebaskan akaun kerajaan dari riba; pinjaman tanpa riba, pajak gadai Islam "ar-Rahn" dan mata wang emas dinar yang terulung di Malaysia.

9. Sistem perundangan Syariah:

Menggubal dasar-dasar kerajaan seperti enakmen kawalan hiburan, kebudayaan, pelancongan, belia dan wanita berteraskan Islam.

Sumber: Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Program PAS Kelantan Pilihan Raya Umum 2008

No comments: